Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seekor kucing jantan bernama Timun diselamatkan tujuh anggota bomba selepas haiwan peliharaan itu cuba melompat keluar melalui ‘safety grill’ balkoni rumah.
Menerusi satu hantaran pengguna fiqah.amin di Threads, dia berkongsi insiden tersebut selepas dimaklumkan menerusi panggilan video oleh penjaga haiwan peliharaan (pet sitter).
“Apa orang cakap kucing bengal suka panjat takut mencelah dekat ‘safety grill’… itu betul. Pet sitter telefon saya sambil nangis. Terkejut saya tengok Timun dah dekat luar balkoni tu.
“Sampai tujuh anggota bomba kena selamatkan Timun walaupun saya tak pernah panggil bomba untuk apa-apa sebelum ini. Sekarang panggil bomba sebab nak selamatkan kucing,” katanya dalam posting Threads.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna juga memberi pendapat dan nasihat untuk lebih berwaspada pada masa akan datang supaya kejadian tersebut tidak berulang.
“Saya sudah pernah komen pasal lubang itu dekat post sebelum ini, memang dah pasang ‘safety grill’ tapi masih ada lubang yang tak ada cover (perlindungan) kat bawah itu. Saya trauma sebab baru ini rescue (selamatkan) kucing jatuh tingkat 5,” kata pengguna kimchii00001.
“Walaupun ‘safety grill’ yang atas itu pun sangatlah besar ruang dia. Kucing boleh menyelit celah-celah itu, apatah lagi bengal yang badan kurus panjang itu,” kata pengguna gemokdontcare. – KOSMO! ONLINE
The post Tujuh bomba selamatkan ‘Timun’ lompat balkoni appeared first on Kosmo Digital.