Auto Added by WPeMatico

LAWAS – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup selepas ‘safe house’ mereka yang terletak di kawasan hutan sebagai tempat persembunyian bagi mengelakkan pemeriksaan pihak berkuasa diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.
JIM Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, kesemua mereka terdiri daripada 13 warganegara Filipina dan 4 warga Indonesia itu ditangkap dalam Op Sapu yang dijalankan di empat lokasi di sini, pada 11 Ogos lepas.
“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi tempoh pas,” katanya.
Kenyataan itu menambah, kesemua PATI terbabit telah dibawa ke Lokap Tahanan Sementara ICQS Mengkalap untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63.
Selain itu, JIM Sarawak berkata pihaknya turut menahan 13 warga Filipina dan empat warga Indonesia dalam Op Sapu yang dilaksanakan di Bintulu pada 12 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE
The post PATI ada ‘safe house’ dalam hutan appeared first on Kosmo Digital.