Auto Added by WPeMatico

![]()
BUCHAREST – Dua orang ditemui mati selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap kontena sebuah treler yang hilang kawalan dan terbabas di jalan raya di Romania, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Drăgușeni, daerah Laşi, baru-baru ini.
Rakaman video kejadian di platform X menunjukkan treler itu tiba-tiba tergelincir sebelum kontena ditundanya melibas sebuah kereta berwarna hitam yang berhenti dari arah berlawanan.
Pelanggaran itu menyebabkan bumbung kereta tercabut.
Polis mengesahkan bahawa pemandu dan penumpang kereta ditemui mati apabila pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian.
“Pemandu treler berusia 54 dilaporkan hilang kawalan semasa memandu sebelum melanggar sebuah kereta yang dinaiki mangsa.
“Pemandu itu terselamat dan tiada kecederaan serius,” kata polis sambil menambah, kemalangan itu masih disiasat. – AGENSI
The post Kereta dilibas kontena treler appeared first on Kosmo Digital.