Auto Added by WPeMatico

![]()
JERANTUT – Penantian penuh debar ahli keluarga mangsa sejak kelmarin akhirnya berakhir apabila mayat remaja kedua yang lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Durian Hijau di sini ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24, ditemukan oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.50 pagi.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Penemuan ini melengkapkan pencarian dua remaja yang dilaporkan hilang selepas mandi di sungai berkenaan sejak Jumaat lalu, ” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Daneal Haikal Shamsudin l, 14, ditemukan pada pukul 4.20 petang semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama lima rakan lain berusia antara 13 hingga 15 tahun pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian tragis itu berlaku. -KOSMO! ONLINE
The post Penantian keluarga berakhir, remaja kedua lemas ditemukan appeared first on Kosmo Digital.
