Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan rasionalisasi subsidi RON95 sebagai langkah memperkukuh kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun berlaku lonjakan harga minyak mentah dunia susulan konflik antara Israel dan Iran, namun pelaksanaan itu disifatkan sebagai satu keperluan kritikal.
Namun kata beliau, langkah tersebut tidak akan membebankan kebanyakan rakyat serta akan digunakan semula untuk menyalurkan lebih banyak bantuan fiskal kepada golongan berpendapatan rendah.
“Tiada isu kenaikan harga petrol bagi majoriti rakyat iaitu antara 85 hingga 95 peratus. Adakah kita akan laksanakan? Ya, kerana rasionalisasi subsidi adalah penting untuk masa depan negara
“Kami ingin mempunyai banyak sumber untuk membantu orang miskin bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta memberikan layanan masyarakat yang lebih baik termasuk kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Rasionalisasi subsidi RON95 diteruskan, tidak beban majoriti rakyat appeared first on Kosmo Digital.