Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan negara apabila menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, sekali gus membolehkan warganegara menikmati perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara.
Menerusi hantaran oleh Jabatan Imigresen Malaysia di laman Facebook, pencapaian ini menepati usaha kerajaan untuk memperkukuh imej negara serta memudahkan urusan perjalanan rakyat ke luar negara.
“Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia,” ujarnya.
Ranking Pasport Index yang disiarkan baru-baru ini turut meletakkan Malaysia di hadapan beberapa negara lain dari Asia Tenggara, sekaligus menjadikan pasport negara antara yang paling berkuasa di rantau ini.
Warganegara Malaysia kini dapat menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke destinasi popular termasuk Jepun, Korea Selatan, Eropah, dan banyak lagi negara yang menjadi pilihan pelancong dan usahawan.-KOSMO! ONLINE.
The post Pasport Malaysia di tangga ketiga dunia appeared first on Kosmo Digital.