Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA -Sambutan hari raya bukan sekadar meriah dengan aktiviti kunjung mengunjungi sanak saudara, ahli keluarga dan rakan tetapi diserikan lagi dengan pemberian duit raya serta hadiah.
Tidak manis kiranya tidak membawa buah tangan ketika berkunjung jadi antara hadiah paling menarik dan popular yang selalu dibawa oleh masyarakat di negara ini adalah dengan membawa coklat premium Ferrero Rocher.
Ada juga tuan rumah yang memilih jenama coklat ini untuk dijadikan salah satu juadah kepada tetamu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat, terdapat beberapa pilihan coklat premium di bawah jenama Ferrero dan antaranya adalah Ferrero Rocher T24 yang hadir dalam kemasan rona emas elegan, satu pilihan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran serta sesuai dibawa ketika beraya atau sebagai tanda ingatan yang penuh makna.

Setiap praline menghidangkan sebiji kacang hazel penuh yang dipanggang, inti lembut berkrim, salutan coklat susu yang halus serta cebisan hazel rangup.
Selain itu, Ferrero Rocher T30 pula direka untuk memeriahkan lagi suasana rumah terbuka dan pertemuan bersama sanak saudara kerana kuantitinya yang lebih banyak memudahkan tuan rumah untuk menyajikan hidangan kepada tetamu dengan penuh gaya.
Kotak yang elegan turut menambahkan seri pada meja hidangan, sekali gus menjadikan detik bersama lebih indah dan tidak dapat dilupakan.
Produk lain pula adalah Raffaelo T3 dan T15 bersama Ferrero Collection T3 yang mana ia Raffaelllo menampilkan gabungan kelapa rangup, krim halus dan sebiji badam penuh di tengah-tengahnya, menghadirkan kenikmatan dalam setiap gigitan serta sentuhan istimewa yang menyempurnakan suasana perayaan.
Terdapat juga Ferrero Collection yang menampilkan himpunan eksklusif Ferrero Rocher, Raffaello dan Ferrero Rondnoir yang kini hadir dalam format T3 yang anggun, menawarkan pilihan berkelas untuk dinikmati sendiri pada saat-saat istimewa. -KOSMO! ONLINE
The post Coklat premium Ferroro Rocher buah tangan unik ketika ziarah hari raya appeared first on Kosmo Digital.
