Auto Added by WPeMatico

AMPANG JAYA – Tindakan seorang remaja berusia 19 tahun mencuri sport rim jenis ‘Racing Boy’ serta tayar hadapan sebuah motosikal membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Taman Kosas, di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.
Menurutnya, pengadu menyatakan dia telah meletakkan motosikal miliknya jenis Yamaha LC135 dalam keadaan berkunci di kawasan kaki lima tepi Jalan Kosas, di sini pada 24 April lepas.
“Ketika pengadu mahu menggunakan motosikal pada keesokan hari, didapati sport rim berserta tayar hadapan motosikalnya telah tiada disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Azam berkata, susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki serta merampas sebuah sport rim dipercayai milik mangsa kira-kira pukul 1.24 pagi di sebuah rumah di Taman Kosas, Khamis lalu.
Katanya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Suspek dipercayai menjalankan kegiatan mencuri komponen motosikal pada waktu awal pagi bagi mengelakkan dikesan. Motif curi adalah untuk kegunaan sendiri.
“Kes disiasat dibawah seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 6 Mei bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja ditahan curi sport rim ‘Racing Boy’ positif dadah appeared first on Kosmo Digital.