Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Kemeriahan sebuah persembahan tarian kebudayaan Malaysia bertukar cemas apabila seorang lelaki secara tiba-tiba terjatuh dan pengsan di hadapan pentas utama di sebuah pusat beli-belah di Vietnam, semalam.
Menerusi hantaran video yang tular di media sosial, lelaki terbabit dilihat jatuh dari tingkat empat mengenai di tepi pentas utama menyebabkan beberapa individu segera menghampiri untuk memberikan bantuan.
Wakil Aeon Mall Vietnam mengesahkan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun, keadaan terkini lelaki berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Kata seorang netizen dikenali Hafiz, selain penari itu terkejut, kita yang lihat video itu pun terkejut.
“Mesti penari itu juga trauma,” jelasnya.
“Sabotaj ke apa sampai jatuh. Moga dipermudahkan,” kata Yuna.- KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Terkejut tiba-tiba ada orang jatuh dari atas ketika menari appeared first on Kosmo Digital.