Auto Added by WPeMatico

SINGAPURA – Sebuah keluarga di Singapura terkejut melihat lembaga hitam berambut panjang dipercayai puntianak merenung tajam ketika mereka menunggu pemandu e-hailing, lapor portal berita Must Share News semalam.
Penemuan menyeramkan itu berlaku di sebuah bangunan di Telok Blangah, baru-baru ini.
Imej di platform Instagram oleh akaun @sgfollowsall memaparkan susuk hitam sedang berdiri di tepi tingkap pada waktu tengah malam.
Menurut keluarga tersebut, lembaga berambut panjang itu seperti sedang menyikat rambutnya perlahan-lahan.
“Lembaga itu sangat menakutkan kami. Situasi bertambah seram apabila pemandu e-hailing meminta kami untuk segera beredar dan memberi amaran terdapat kisah hantu berkeliaran di sekitar Telok Blangah,” katanya.
Hantaran itu menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi serta spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.
“Yang pasti itu bukan manusia,” kata seorang netizen.
“Tak sangka Singapura ada hantu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Putianak berkeliaran di Telok Blangah appeared first on Kosmo Digital.