Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Dua pelancong warga New Zealand menerima pujian orang ramai apabila mengembalikan wang tunai berjumlah RM1,500 milik rakyat Malaysia yang ditemui di hadapan sebuah bank di Thailand kepada pemiliknya, lapor portal berita Thaiger.
Penemuan berlaku di Persimpangan Chartered Bank kelmarin. Mereka kemudian membawa wang kertas itu ke pejabat Polis Pelancong Phuket.
Imej dimuat naik di laman Facebook menunjukan beberapa keping wang bernominasi RM100, yang berjumlah kira-kira RM1,500.
Pegawai polis meminta pengguna media sosial untuk menyebarkan perkara tersebut dalam usaha mencari pemiliknya.
Selepas hantaran itu menjadi tular, seorang wanita Malaysia tampil ke pejabat polis dan menuntut semula wangnya yang hilang.
“Wanita itu mengemukakan bukti yang kukuh. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada kami dan dua pelancong berkenaan atas bantuan dan sikap jujur mereka,” kata polis. – AGENSI
The post Pelancong pulangkan wang milik rakyat Malaysia di Thailand appeared first on Kosmo Digital.