Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dua laporan polis membabitkan dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.
“Saya sahkan laporan diterima. Kandungan dan siasatan telah diambil alih oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Hafizuddeain membuat dua laporan polis berhubung dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar yang dikaitkan dengan dirinya.
Peguam yang mewakilinya, Aizul Rohan Anuar berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 1 petang tadi oleh Muhammad Hafizuddeain yang tiba di balai berkenaan sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Menurut Aizul, laporan pertama berkaitan pendedahan dan penyebaran dokumen yang bersifat sulit dan dilindungi, termasuk penyata akaun bank milik anak guamnya serta beberapa dokumen Angkatan Tentera Malaysia yang diklasifikasikan sebagai rahsia.
Beliau berkata, laporan kedua pula dibuat susulan penyebaran kenyataan tidak benar dan bersifat fitnah oleh pihak tertentu, termasuk dakwaan kononnya Muhammad Hafizuddeain memakai jam tangan mewah ketika pertuduhan di mahkamah.
Jelasnya, dakwaan itu tidak berasas kerana jam tangan berkenaan bukan berjenama komersial, sebaliknya merupakan jam rasmi yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan tertera tulisan ‘Chief of Army Malaysia’. – KOSMO! ONLINE
The post USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD appeared first on Kosmo Digital.
