Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA – Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu Grab yang didakwa dilakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita telah dibatalkan serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, susulan pembatalan lesen PSV itu, pemandu tersebut juga tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.
“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab ke atas penumpang di Johor Bahru.
“Saya telah mengarahkan JPJ supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam pemandu tersebut dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Katanya, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan penumpang.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” katanya.
Terdahulu, satu klip video dipercayai dirakam penumpang itu tular dengan memaparkan pemandu berkenaan dilihat menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuh mangsa sebelum dia menepis tangan lelaki itu.
Menerusi video tersebut juga, pemandu berkenaan juga dilihat bertanya dalam bahasa Mandarin mengenai umur wanita berkenaan dan berapa ‘harga’ untuk melanggannya.
Sebelum ini, polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang dilihat dalam sebuah video ekoran dakwaan melakukan gangguan seksual dalam kereta terhadap seorang penumpang wanita. – KOSMO! ONLINE
The post JPJ batal lesen PSV pemandu Grab buat gangguan seksual appeared first on Kosmo Digital.