Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey tidak boleh lagi ditangguh, memandangkan ia merupakan projek strategik yang kritikal untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan logistik serantau.
Anwar yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan projek berkenaan pagi tadi berkata, setelah bertahun-tahun dirancang dan melalui pelbagai perbincangan, kerajaan kini mengambil pendirian tegas bahawa pembangunannya mesti digerakkan segera.
“Kita tidak ada ruang untuk berlengah. Projek ini sudah lama menunggu, dan manfaat ekonominya terlalu besar untuk ditunda lagi,” katanya.
Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai kesepakatan untuk mempercepatkan pelaksanaan, manakala semua agensi berkaitan diarahkan bertindak pantas bagi memastikan model pembangunan yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti dapat direalisasikan.
Anwar turut menegaskan bahawa meskipun pembangunan dipercepatkan, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem mesti menjadi keutamaan.
“Pembangunan negara hanya bermakna jika ia berjalan seiring keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam,” katanya.- KOSMO! ONLINE.
The post Projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang tidak boleh ditangguh lagi – PM appeared first on Kosmo Digital.