Auto Added by WPeMatico

TAIPING – Seorang wanita Indonesia berusia 55 tahun berstatus pemastautin tetap (PR) maut apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi di Taman Menteri, Changkat Jering, di sini, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.17 tengah malam.
“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Proton Saga FLX dan Perodua Myvi. Kejadian itu mengakibatkan Proton Saga tersebut terbabas dan terbalik.
“Terdapat tiga mangsa iaitu seorang lelaki berusia21 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun yang kedua-duanya telah dikeluarkan dari Perodua Myvi oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi. Mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.
Sabarodzi berkata, seorang lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 55 tahun masih berada di dalam kenderaan yang terbalik.
“Ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep RECEO seterusnya anggota memakai peralatan perlindingan diri (PPE) lengkap dan melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kereta Proton Saga tersebut.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” ujarnya.
Beliau berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita Indonesia berstatus PR maut kemalangan appeared first on Kosmo Digital.