Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir yang menempatkan seramai 148 penduduk daripada 35 keluarga ditutup hari ini.
Ketua Peneroka RKT Kesedar Lebir, Nor Azmi Abdullah berkata, mangsa banjir terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air Sungai Lebir surut.
“Alhamdulillah, keadaan cuaca semakin baik dan air sungai juga surut. Kita berharap keadaan ini berterusan bagi membolehkan mangsa terlibat mencuci barangan dan rumah masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post PPS SK Lebir ditutup, 148 penduduk pulang ke rumah appeared first on Kosmo Digital.