Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara itu, lapor laman berita Arab News semalam.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Netanyahu mengaitkan tindakan Australia yang mengiktiraf negara Palestin dengan insiden tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi baru-baru ini.
Seramai 15 orang terbunuh apabila seorang bapa dan anak lelakinya melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang meraikan perayaan Yahudi, Hanukkah pada malam Ahad lalu.
Netanyahu berkata, keputusan Australia untuk mengiktiraf kenegaraan Palestin awal tahun ini telah ‘menyiram minyak ke dalam api’ antisemitik, beberapa minggu sebelum serangan tersebut berlaku.
Apabila ditanya mengenai kenyataan itu dalam program saluran televisyen Channel 4 News di Britain, Turnbull berkata: “Saya dengan penuh hormat ingin berkata kepada Netanyahu, sila jangan campur tangan dalam politik kami.
“Jika anda ingin membuat komen seperti itu, ia tidak membantu dan tidak wajar.”
Turnbull menyokong kerajaan Perdana Menteri Australia ketika ini, Anthony Albanese kerana mengiktiraf kenegaraan Palestin pada Ogos lalu bersama-sama kebanyakan negara Barat lain ketika tekanan antarabangsa meningkat susulan perang di Gaza. – AGENSI
The post ‘Netanyahu jangan campur tangan hal politik kami’ – bekas PM Australia appeared first on Kosmo Digital.


