Auto Added by WPeMatico

PAPAR – Hasil jualan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) membabitkan rangkaian Kedai Mesra Petronas terus mencatatkan momentum peningkatan dari tahun ke tahun melebihi RM150 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya sentiasa mendukung usaha Petronas membabitkan agenda memajukan PKMS melalui penjualan produk keluaran tempatan di lebih 850 premis rangkaian Kedai Mesra seluruh negara termasuk 50 Kedai Mesra di Sabah.
“Malahan Petronas turut memaknai sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan melaksanakan Kempen Love Local bermula 25 Ogos hingga 30 September 2025.
“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Petronas untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diselaraskan oleh KPDN bagi menggalakkan dukungan terhadap produk keluaran usahawan tempatan.
“Sepanjang kempen ini berlangsung, produk-produk keluaran PMKS tempatan akan dipaparkan di ruangan rak khas Kedai Mesra Petronas yang ditandakan dengan logo KBBM sebagai strategi promosi sekali gus meningkatkan akses kepada para pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Armizan menyatakan kementeriannya turut serta menjayakan Kempen Jalur Gemilang dengan melibatkan rakan strategik dalam kalangan pemain industri sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.- KOSMO! ONLINE
The post Momentum jualan produk PKMS melebihi RM150 juta – Armizan appeared first on Kosmo Digital.