Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil berjumlah RM43.62 bilion bagi Januari hingga 30 Jun lalu iaitu lebihan sebanyak RM3.62 bilion berbanding unjuran hasil awal tahun sebanyak RM40 bilion.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Amran Ahmad berkata, bagi perbandingan tahun ke tahun, kutipan hasil JKDM meningkat daripada RM35.69 bilion bagi Januari hingga Jun tahun lalu kepada RM43.62 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun ini.
Menurutnya, peningkatan itu melibatkan tambahan kutipan sebanyak RM7.93 bilion atau 22.22 peratus.
“JKDM akan terus menambah baik strategi dan pendekatan sedia ada bagi mengekalkan momentum itu serta mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF) tahun ini,” katanya pada sidang akhbar pencapaian JKDM dalam kutipan hasil dan penguatkuasaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 di Ibu Pejabat JKDM di sini hari ini.
Menurutnya, JKDM akan terus melaksanakan tiga fungsi teras iaitu memungut hasil negara, memudah cara perdagangan serta menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi hasil, ekonomi dan kepentingan negara.
Katanya, bagi mengekalkan momentum positif tersebut, JKDM akan memperkukuh pengurusan risiko, audit pematuhan dan operasi bersasar melalui pengoptimuman penggunaan analitik data, teknologi serta pemprofilan yang lebih efektif. – KOSMO! ONLINE
The post Kastam kutip hasil RM43.62 bilion dalam tempoh 6 bulan appeared first on Kosmo Digital.
