Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Bekalan produk petroleum adalah mencukupi, sekurang-kurangnya sehingga Mei ini, jika dibandingkan dengan keadaan di kebanyakan negara lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dari segi keterjaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal, malah dalam keadaan sangat membanggakan.
“Sebab itu saya selalu tekankan tentang isu dan profesional. Kedua, kita akan terus mendepani permasalahan ini dengan fokus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Bagaimana kerajaan mampu melindungi rakyat daripada impak penuh kenaikan harga minyak dan tentunya berikutan harga barang-barang keperluan lainnya.
“Sebab itu, saya maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk menetapkan harga untuk rakyat. Ini satu keputusan sukar, tapi akan kekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.
“Harga pasaran bulan lalu, jauh lebih tinggi dan harga sebenar jauh lebih tinggi, apalagi kalau dibanding dengan harga di negara jiran tiga kali ganda,” katanya pada Sidang Akhbar Khas Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Konflik Asia Barat: Bekalan minyak di Malaysia terkawal, sangat membanggakan appeared first on Kosmo Digital.
