Auto Added by WPeMatico

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) menangguhkan sementara semua operasi pesawat pejuang F/A-18D Hornet susulan insiden sebuah pesawat jenis itu terhempas di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Katanya, penangguhan itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Tambahnya, penangguhan itu membabitkan keseluruhan tujuh pesawat pejuang yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Pihak tentera udara akan tubuhkan jawatankuasa penyiasat, beri mereka masa untuk melakukan siasatan terhadap punca kapal terbang itu terhempas.
“Apa yang penting kita bersyukur juga kerana juruterbang dan salah seorang daripada kru itu selamat dalam kejadian”, katanya selepas menghadiri Majlis Beramah Mesra bersama masyarakat Cina di Medan Selera, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Operasi 7 pesawat pejuang F/A-18D Hornet digantung sementara appeared first on Kosmo Digital.