Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi disalurkan terus kepada mangsa banjir di Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan segera bagi pembaikan segera kemudahan asas di mana kerajaan akan memastikan setiap keluarga terkesan segera menerima bantuan.
Katanya, peruntukan itu juga selain daripada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri.
“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.
“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan Madani digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.
“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” katanya hari ini.
“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya.
“Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Kerajaan lulus peruntukan segera RM10 juta bantu banjir Sabah appeared first on Kosmo Digital.