Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 22 pegawai kanan berkuat kuasa 9 Jun ini.
Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, mendahului senarai pertukaran ialah Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mohd Mahidisham Ishak
yang akan menjawat jawatan Timbalan Pengarah JSJK dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
“Ketua Penolong Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan am) Jabatan Logistik dan Teknologi, Asisten Komisioner (ACP), Rohana Abdul Rahman turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah, jabatan sama memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Zuraimi Zamzam dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D6), jabatan sama juga memangku pangkat SAC.
“Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Suffian Sulaiman pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC.
“Superintenden (D9) Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kamarul Rizal Jenal pula dilantik sebagai Penolong Pengarah, jabatan sama dengan memangku pangkat ACP,” katanya.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Perak, Zulkifli Mahmood telah bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Operasi/Risik) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
Pada masa sama seramai 12 pegawai kanan lagi dinaikkan pangkat ke ACP, Asisten Komisioner dan Superintendan serta bertukar ke jawatan-jawatan lain. – KOSMO! ONLINE
The post 22 pertukaran perkukuh PDRM appeared first on Kosmo Digital.