Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Pemandu bas terlibat nahas yang mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Perak semalam memaklumkan dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan tersebut tidak berfungsi.
Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata, dia bukannya marah dengan situasi tersebut, sebaliknya menjerit memberi peringatan kepada penumpangnya selepas mendapati kegagalan fungsi brek.
“Saya sebenarnya bukan marah, tetapi menjerit ‘brek’ untuk memberi peringatan kepada penumpang yang kebanyakannya sedang tidur di dalam bas.
“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Saya sudah cuba untuk menyelamatkan keadaan, tetapi brek sudah kosong dan tidak berfungsi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan, salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas itu, Farhana Ab Aziz, 23, mendakwa, sebelum kejadian berlaku, dia terdengar bunyi bising dari arah tempat pemandu dan melihat lelaki tersebut seperti sedang marah.
Katanya, beberapa penumpang yang tidak ada menjenguk bagi mengetahui apa yang berlaku sebelum bas tersebut bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang dan terbabas. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas UPSI: Saya bukan marah, tetapi jerit beri peringatan – Pemandu bas appeared first on Kosmo Digital.