Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk tidak mengulas lanjut desas-desus mengenai isu perletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Sebaliknya, Perdana Menteri ketika disoal media kemudian kembali bertanyakan kepada pihak media siapa yang memaklumkan perkara itu (isu perletakan jawatan Rafizi).
“Siapa bagitahu,” soal ringkas Anwar kepada kumpulan wartawan.
Rafizi sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, namun selepas kekalahan, beliau menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan datang dijangka menjadi platform penting untuk menentukan hala tuju parti dan kedudukan pemimpin selepas pemilihan parti. – KOSMO! ONLINE
The post Anwar enggan ulas lanjut isu Rafizi letak jawatan appeared first on Kosmo Digital.