Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Berpuluh-puluh mesin judi ditemukan di sebuah sekolah rendah yang sudah tidak digunakan di Langkat, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Detik hari ini.
Menurut polis, sekolah itu sudah dua tahun dikosongkan.
“Ia adalah sekolah yang tidak digunakan lagi, tidak lagi aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sudah dua tahun kosong,” kata Ketua Polis Bahorok, Asisten Komisioner Tunggul Situmeang.
Tunggul berkata, pemeriksaan polis mendapati bahawa tiada aktiviti perjudian di lokasi tersebut, sebaliknya hanya mesin judi yang rosak.
“Tiada satu pun mesin terbabit dalam sebarang kegiatan perjudian. Kami menyita mesin-mesin judi itu di balai polis,” jelasnya.
Sebelum ini, sebuah video yang memaparkan berpuluh-puluh mesin judi disimpan di dalam bangunan sekolah di Langkat tular di media sosial.
Polis sedang menyiasat kes itu dan pihak yang meletakkan mesin-mesin judi di lokasi tersebut. – AGENSI
The post Sekolah terbiar jadi ‘sarang’ longgokan mesin judi appeared first on Kosmo Digital.