Auto Added by WPeMatico

BACHOK – Malaysia akan terus menjalankan peranan sebagai pendamai dalam usaha meredakan ketegangan dan konflik di Wilayah Selatan Thailand.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu dicadangkan oleh umat Islam di negara berkenaan dan beliau akan terus berikhtiar supaya proses damai itu berlangsung.
Menurutnya, proses damai itu perlu diusahakan bagi memboleh kawasan tersebut dibangunkan.
“Perkara di Selatan Thai sememangnya urusan dalaman Thailand. Saya sudah menghubungi pemimpin negara berkenaan dan mereka menyatakan kesediaan dalam usaha menghentikan ketegangan.
“Saya percaya dengan kebijaksanaan kepimpinan Thailand dan kita akan terus berusaha mencari pendamaian,” katanya kepada pemberita selepas Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kandis di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN berkata, usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja akan terus berkekalan sekali gus dapat membantu masyarakat Islam di kedua-dua negara.
“Kita juga berjaya mengusahakan pendamaian dan mengurangkan ketegangan di Myanmar. Serangan terhadap umat Islam yang terdiri daripada etnik Rohingya berkurangan dan Malaysia harus usahakan pendamaian,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia galas peranan pendamai konflik Selatan Thailand appeared first on Kosmo Digital.