Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum laporan media berhubung penahanan beberapa pegawai yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan barang larangan termasuk dadah, rokok serta barangan lain.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, perkara itu kini dalam siasatan pihak berkuasa dan ATM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut beliau, siasatan akan dijalankan secara terperinci dan ATM tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana warganya yang terbabit.
“Tindakan disiplin tegas serta tindakan undang-undang akan diambil jika terbukti bersalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa masyarakat agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta mengelak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses tersebut.
Katanya, perkembangan berkaitan hasil siasatan dan tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE
The post ATM siasat pegawai disyaki terlibat sindiket penyeludupan appeared first on Kosmo Digital.