Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Aksi seorang wanita yang berdiri kaku selepas terbabas ke dalam parit bersama motosikalnya mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan seperti ‘penunggu’ kawasan berkenaan.
Kejadian tersebut dikongsi menerusi satu hantaran video di TikTok milik @M.Harizz yang menunjukkan wanita itu berdiri tegak di tepi semak, sambil memerhati beberapa lelaki sedang membantu mengangkat motosikalnya yang terjatuh ke dalam parit berlumpur.
Reaksi kaku dan wajahnya yang dipenuhi lumpur menjadikan situasi itu kelihatan melucukan, namun dalam masa yang sama turut mengundang rasa simpati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi spontan terhadap gelagat wanita berkenaan.
“Tengah fikir balik ni nak menjawab dengan bapak,” kata @Bigboss.
“Adoi, nak gelak pun ada, kesian pun ada,” komen @Syahmi.
“Ada benda tengah tengok dia orang ambil motor. Dah macam penunggu, keras tempat ni,” seloroh @Pak_Long136. – KOSMO! ONLINE
@m.harizz too stunned to speak #fyp ♬ Me Fui de Vacaciones – Bad Bunny
The post [VIDEO] Badan penuh lumpur, wanita berdiri tegak tepi parit appeared first on Kosmo Digital.