Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang wanita di Katapang, wilayah Jawa Barat terjatuh daripada motosikal sebelum ditinggalkan teman lelakinya ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya, lapor laman berita Detik kelmarin.
Dalam kejadian Jumaat lalu, polis membuat sekatan di Jalan Raya Katapang-Soreang bagi membanteras motosikal memiliki ekzos bising.
Ramai penunggang cuba mengelak daripada ditahan dengan berpatah balik atau memecut ketika melalui sekatan polis.
Salah seorang penunggang motosikal cuba mengelak daripada ditahan dengan memecut motosikalnya secara tiba-tiba, membuatkan pembonceng terjatuh di atas jalan.
Pembonceng wanita itu panik apabila dia ditinggalkan oleh teman lelakinya yang lolos daripada sekatan.
Ketua Polis Bandung, Komisioner Kanan Aldi Subartono berkata, dia menghampiri wanita berkenaan dan bertanyakan keadaannya.
“Tadi teman lelaki saya cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Saya terjatuh dan dia meninggalkan saya,” kata wanita berkenaan.
Wanita tersebut cedera pada sebahagian badannya sebelum dirawat di lokasi tersebut. – AGENSI
The post Penunggang motor lari sekatan polis, biar teman wanita jatuh tergolek appeared first on Kosmo Digital.