Auto Added by WPeMatico

KUALA NERUS – Seorang pensyarah sebuah universiti di daerah ini yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) kerugian RM244,925.61 apabila diperdaya skim pelaburan tidak wujud.
Wanita berusia 56 tahun yang kehilangan sebahagian wang simpanan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) miliknya itu membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 10.56 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pensyarah terbabit menerima pautan skim pelaburan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 10.15 pagi, 14 Ogos lalu.
“Mangsa yang ketika itu berada di dalam kampus universitinya secara tidak sengaja telah menekan pautan diberikan yang menawarkan tiga pakej pelaburan.
“Dia memilih pakej pelaburan yang paling rendah iaitu RM300,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Azli berkata, wanita itu kemudiannya terkejut apabila dimaklumkan pelaburan dibuatnya berjaya meraih keuntungan kononnya lebih 46 kali ganda iaitu RM14,000.
Beliau berkata, pensyarah terbabit kemudiannya mengikut saranan membuat pelaburan tambahan sebagai syarat mengeluarkan keuntungam berkenaan.
“Mangsa akur dan menambah pelaburannya sehingga keseluruhan RM244,925.61 sebelum menyedari dirinya tertipu apabila dia tetap tidak menerima keuntungan pelaburan dijanjikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pensyarah hilang lebih RM200,000 duit KWSP appeared first on Kosmo Digital.