Auto Added by WPeMatico

SINGAPURA – Seorang penjual durian di Singapura mengundang perhatian pengguna media sosial selepas dirakam melemparkan buah itu ke atas tanah, lapor portal berita Must Share News semalam.
Kejadian dirakam berhampiran pusat beli-belah Punggol Plaza, baru-baru ini.
Perakam video dikenali sebagai Solomon berkata, dia melihat seorang penjual mengeluarkan durian daripada bakul dan secara santai melemparkannya ke atas tanah.
Lebih aneh, setiap buah durian itu dibaling ke atas lantai sekali gus menimbulkan persoalan mengapa dia berbuat demikian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 23,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dia meniru cara durian jatuh secara semula jadi daripada pokok. Perbuatan itu membantu durian untuk cepat masak,” kata seorang netizen.
“Selain cepat masak, ia dilakukan agar durian itu mengeluarkan aroma,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Kenapa penjual lempar durian atas tanah? appeared first on Kosmo Digital.