Auto Added by WPeMatico

![]()
MERSING – Proses penilaian secara maya (virtual inspection) melibatkan Malaysia dan Thailand bagi menyelesaikan isu perdagangan import ikan siakap serta udang antara kedua-dua negara dijangka selesai minggu ini.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pemeriksaan yang bermula pada 28 Julai lalu dan berakhir 7 Ogos ini membabitkan penilaian menyeluruh terhadap ladang, pusat penetasan (hatchery), makmal serta pintu masuk sempadan di kedua-dua negara.
“Thailand telah memeriksa ladang udang di Malaysia, manakala kita turut melakukan pemeriksaan ke atas ladang mereka secara maya. Minggu ini pula kita melaksanakan pemeriksaan terhadap ladang siakap. Penilaian ini penting bagi mengesahkan sistem pengeluaran udang dan siakap kedua-dua negara sebelum penilaian teknikal dimuktamadkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Md Israk Abdullah di Pejabat Konservasi Mersing di sini hari ini.
Pada 16 Mei lalu, Malaysia memperketatkan kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi ikan siakap, selain mengenakan sekatan sementara terhadap import lima spesies udang iaitu Penaeus esculentes, Fenneropenaeus merguiensis, Penaeus vannamei, Penaeus monodon dan Penaeus stylirostris yang berkuat kuasa mulai 1 Jun. – KOSMO! ONLINE
The post Penilaian import siakap, udang Thailand hampir selesai appeared first on Kosmo Digital.
