Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang bekerja sebagai penghantar makanan tular menerusi satu video di media sosial sehingga mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Ombak Lindu, lelaki berkenaan dilihat berjalan perlahan menggunakan tongkat sambil memegang pesanan makanan yang ingin dihantar kepada pelanggannya.
“Abang penghantar makanan, saya doakan abang sihat selalu dimurahkan rezeki. Sebelum abang lalu, saya tengah down (sedih) tetapi abang buatkan saya rasa bangkit semula dari perasaan sedih.
“Yang mana sihat dan tak mahu bekerja tu tengok betapa kuatnya abang ini bekerja sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati selain menjadikan video itu sebagai peringatan agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang dimiliki.
“Video ini mungkin teguran untuk kita yang sentiasa mengeluh, termasuk diri aku sendiri. Semoga urusan abang ini sentiasa dipermudahkan,” ujar Lea.
“Kalau kau rasa hidup kau susah dan diri kau tidak dihargai macam orang lain, berjalalanlah, lihat orang sekeliling maka nanti kau akan belajar erti syukur,” kata Bro June.
Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat golongan seperti lelaki OKU ini wajar dibantu berbanding individu sihat yang enggan berusaha mencari rezeki.
“Yang ini baru layak dibantu,” balas Alynn.
“Inilah lelaki yang sebenar. Apa alasan korang malas untuk berusaha. Memilih kerja lah. Tak nak bekerja pelbagai alasan,” komen Nuryanisa. -KOSMO! ONLINE
@ombaklindu Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down
abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down
#Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian
The post [VIDEO] ‘Jangan marah kalau dia lambat’ appeared first on Kosmo Digital.