Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR: Lebih 10 pengamal media mula berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini, susulan desas-desus mendakwa beliau mendapat tahanan rumah.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa petugas media tempatan dan antarabangsa mula tiba berada di sekitar kediaman berkenaan sejak 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pergerakan keluar masuk daripada kediaman terbabit.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara di sini pada pukul 9.42 pagi tadi.
Kenderaan yang membawa Hannah sebelum itu memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 7.48 pagi.
Kehadiran beliau dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi tadi.
Isu pengampunan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula setelah seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.
Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.
Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.- UTUSAN
The post Pengamal media mula berkumpul di hadapan rumah Najib appeared first on Utusan Malaysia.
