Auto Added by WPeMatico

MERSING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan khas berjumlah RM100,000 bagi menjayakan Perhimpunan Agung Pengakap Johor di Tanjung Leman, di sini yang berlangsung hari ini sehingga Rabu depan.
Beliau berkata, dana itu diharap dapat disalurkan segera seawal Isnin ini bagi membolehkan peserta menikmati kemudahan yang lebih baik sepanjang program berlangsung.
“Saya tidak mahu seperti orang politik dahulu, umum projek tetapi bertahun-tahun tidak dapat.
“Contohnya, masa kecil dahulu diumumkan pemasangan lampu jalan, tetapi hanya dekat pilihan raya barulah tiang dipasang belum lampu lagi.
“Cara kita sekarang insya-Allah lebih telus dan segera hari ni Sabtu, Ahad jadi salurkan Isnin RM100,000,” katanya berucap pada program Temu Anwar Pengangkap sempena Perhimpunan Agung Pengangkap Johor Kali Ke 27 Tahun 2025 di Arena Utama, Tanjung Leman di sini hari ini.
Anwar turut menyatakan kegembiraannya dapat bertemu serta beramah mesra dengan peserta yang dari pelbagai negeri yang menyertai program berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Peruntukan RM100,000 untuk Perhimpunan Agung Pengakap Johor appeared first on Kosmo Digital.