Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Skim insurans kesihatan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicadangkan adalah bersifat sukarela.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi menghormati pilihan pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas mengikut keperluan sendiri.
“Dengan pendekatan ini, kerajaan berhasrat memperluas akses kepada penjagaan kesihatan swasta yang lebih cepat dan berkualiti tanpa menambah beban kewangan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Dzulkefly berkata, pendekatan baharu itu membuka ruang kepada 16 juta pencarum KWSP untuk menikmati perlindungan insurans kesihatan termasuk rawatan di hospital swasta melalui Akaun 2 KWSP.
Ujar beliau, langkah itu penting memandangkan 32 peratus kos penjagaan kesihatan di Malaysia dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.
Jelas beliau, cadangan itu mengambil inspirasi dari model negara seperti Singapura yang mengutamakan akses insurans untuk majoriti rakyat.
“Ia bukan daripada poket mereka. Hanya sekitar satu peratus daripada Akaun 2 KWSP digunakan untuk bayar insurans. Ini cara yang paling baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Skim insurans kesihatan guna Akaun Dua KWSP bersifat sukarela appeared first on Kosmo Digital.