Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada pembabitan mana-mana orang kenamaan (VVIP) dalam kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan mengesahkan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.
“Sehingga hari ini seramai 82 saksi sudah dirakam percakapan dan antara mereka ada yang sudah dipanggil semula bagi dirakam percakapan,” katanya pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah.
Kematian remaja itu mendapat perhatian meluas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan buli. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada pembabitan orang kenamaan dalam kes Zara Qairina appeared first on Kosmo Digital.