Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta Audi dipandunya terlibat dalam kemalangan selepas Terowong SMART menghala ke pusat bandar, hari ini.
Komander Operasi, PBK I Najilan Che Pha, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan dan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Tambahnya, JBPM telah mengarahkan sebuah jentera Fire Rescue Tender bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Audi dengan seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun.
“Mangsa mengalami kecederaan dan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu Audi tersepit kemalangan selepas Terowong SMART appeared first on Kosmo Online.
