Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA – “Tidak akan pernah ada.
Itu tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai dakwaan kononnya akan ada pelantikan exco dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran baharu kerajaan Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi UMNO menegaskan perkara (pelantikan exco PH dalam kerajaan Negeri Sembilan) tidak akan berlaku.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dan khabar angin kononnya ada usaha untuk melantik wakil ADUN PH dalam pentadbiran baharu kerajaan Negeri Sembilan.
Sebelum ini, wujud khabar angin mengenai Pakatan Harapan (PH) akan menyertai pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Ismail Lasim.
ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin dilaporkan berkata, tiada sebarang perbincangan atau rundingan diadakan berhubung penyertaan PH dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Selain itu, Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin dilaporkan berkata, beliau mendakwa sememangnya terdapat usaha daripada pihak luar untuk membawa Pakatan Harapan (PH) menyertai kerajaan Negeri Sembilan.
Untuk rekod, pada PRN Negeri Sembilan yang lalu, BN menang di 18 kerusi, PH 11 kerusi, manakala PN di tujuh kerusi. – KOSMO! ONLINE
The post Tidak akan pernah ada pelantikan exco PH di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.
