Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim bersama kepimpinan UTM menziarahi keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelajar universiti berkenaan yang telah kembali ke rahmatullah.
Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, beberapa sumbangan telah disampaikan kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang warga universiti.
“Semoga kunjungan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi kekuatan buat mereka.
“Al-Fatihah buat Allahyarham,” katanya hari ini.
Terdahulu, Allahyarham Syamsul Haris, 22, yang juga pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM, Johor, dilaporkan meninggal dunia sewaktu menjalani latihan, Isnin lalu.
Kes itu mendapat perhatian negara apabila ibu mangsa, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, arwah anaknya meninggal dunia semasa menjalani latihan Palapes UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian belum jelas. – KOSMO! ONLINE
The post Naib Canselor UTM ziarah keluarga Syamsul Haris appeared first on Kosmo Digital.