Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita menjerit dan menghalau pekerja pembersihan yang memberhentikan lori di hadapan rumahnya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran video di TikTok @Shaharizalrizalabdullah, wanita berkenaan dilihat memegang sebatang kayu sambil menengking pekerja yang sedang menjalankan tugas mengutip sampah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyifatkan tindakan wanita itu sebagai keterlaluan dan tidak wajar.
“Biasa je, lori berhenti depan rumah aku pun tak ada apa masalah.. kau je kak perasan.. ingat orang nak tengok kau ke,” komen Aliff.
“Lepas ini dah tak payah ambil sampah depan rumah dia,” kata @Mochiboo.
“Habis kalau tak berhenti, sampah rumah mak cik terbang sendiri masuk lori ke?” ujar seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@shaharizalrizalabdullahgila itu banyak jenis dan kategori….. memang gila ahhhh
The post [VIDEO] ‘Jangan ambil sampah depan rumah dia’ appeared first on Kosmo Digital.