Auto Added by WPeMatico

GETTYSBURG, PENNSYLVANIA – Seorang penyiasat paranormal meninggal dunia secara mengejut selepas membawa anak patung dipercayai berpuaka dalam siri jelajah rentas negeri di Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor portal berita ABC News.
Dan Rivera, 54, ditemukan tidak bernyawa oleh rakan sekerja di sebuah bilik hotel di Gettysburg, 13 Julai lalu.
Pemergian Rivera diumumkan di laman Facebook oleh Persatuan Penyelidikan Psikik (NESPR) yang berpangkalan di New England pada keesokan hari.
Polis tempatan berkata, kematiannya dianggap sebagai semula jadi.
“Tiada apa-apa unsur yang luar biasa atau mencurigakan di tempat kejadian. Bedah siasat sedang dijalankan,” kata polis.
Rivera yang juga ketua penyiasat kanan bagi NESPR dilaporkan membawa anak patung Raggedy Ann yang digelar Annabelle dalam program ‘The Devil on the Run Tour: Annabelle in Gettysburg’ yang berlangsung dari 11 hingga 13 Julai.
Program tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengan salah satu objek paling berpuaka di dunia. – AGENSI
The post Penyiasat patung berpuaka mati mengejut appeared first on Kosmo Digital.