Auto Added by WPeMatico

LANGKAWI – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merompak sebuah kedai emas di Kuah, di sini minggu lalu.
Tertuduh, M. Kumar, 45, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Natasha Rizal.
Mengikut pertuduhan, dia melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap Muhammad Abdullah, 69, dengan mengambil seutas gelang emas seberat 29.62 gram.
Kejadian itu berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Pandak Mayah 5, Kuah, di sini pada pukul 11.48 pagi, 19 Jun lalu.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 14 tahun penjara bersama denda atau sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aqlima Azizi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini.
Kosmo! pada 20 Jun lalu melaporkan seorang lelaki bertindak mencampakkan serbuk cili ke arah pekerja kedai emas sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dalam kejadian rompakan di Pekan Pandak Mayah di Kuah.- KOSMO! ONLINE
The post Penganggur dituduh rompak kedai emas guna parang appeared first on Kosmo Digital.