Auto Added by WPeMatico

LANGKAWI – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keberadaan tujuh pelajar Malaysia yang berada di Iran, ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, semua pelajar tersebut bagaimanapun tidak berdaftar di bawah KPT.
“Kita telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Luar (bagi isu ini) dan saya dapati, kalau tidak silap saya ada tujuh pelajar di sana sewaktu saya berada di Iran beberapa minggu lalu.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu perhatikan keberadaan mereka walaupun mereka tidak berdaftar di bawah KPT,” katanya selepas Persidangan Meja Bulat Menteri-menteri Pendidikan dan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN 2025 di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia telah mencadangkan untuk mewujudkan Institut ASEAN semasa Persidangan Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan dan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN 2025.
Menurutnya, Malaysia menawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi institut tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post KPT sentiasa pantau 7 pelajar di Iran appeared first on Kosmo Digital.