Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
Menerusi kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat adalah Kelantan, Johor dan Sarawak.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Bagi Kelantan amaran cuaca buruk dikeluarkan di daerah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Selain itu di Sarawak, kawasan yang berisiko diramal melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE
The post Amaran ribut petir, angin kencang di 3 negeri hingga pagi ini appeared first on Kosmo Digital.