Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot belakang ketika berada di sebuah konsert, namun insiden tersebut mencuri perhatian ramai apabila dia tetap menunjukkan semangat yang tinggi meskipun dalam keadaan kesakitan.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @Iyzathamdan, dia memaklumkan bahawa usia bukanlah penghalang bagi rakannya untuk menyertai konsert tersebut meskipun sudah termasuk dalam kategori Generasi Y.
“Ada yang tidak sedar diri, sudah tua tapi masih semangat mahu pergi konsert..duduk dalam zon ‘standing’ pula tu,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah lelaki tersebut yang masih terus menari selepas diberikan semburan melegakan kekejangan otot oleh pasukan pertolongan cemas.
“Inilah yang dikatakan membeli kenangan masa lalu, walaupun tubuh hampir kejang separuh,” komen @MsaifulPSKL.
“Inilah antara sebab mengapa saya takut untuk membeli tiket zon berdiri, tempat duduk pun sudah menyebabkan kekejangan pinggang,” balas @Dianayusoff.
“Aduh, orang muda semua bau minyak wangi, sampai umur kita, bau minyak angin sahaja,” komen @Hanazainal91. – KOSMO! ONLINE
The post Bila ‘Gen Y’ pergi konsert appeared first on Kosmo Digital.