Auto Added by WPeMatico

![]()
KETUA Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC (NSFC), Faliq Firdaus tidak bersetuju dengan tekanan yang diberikan kepada segelintir penyokong yang menyeru ketua jurulatih, Nidzam Jamil dipecat susulan prestasi hambar pasukan ketika ini.
Menurut Faliq, pertukaran jurulatih tidak akan selesaikan masalah yang dihadapi dan berharap semua pihak bersikap adil dan tidak terlalu beremosi ketika melontarkan kritikan.
Kata Faliq, Nidzam yang juga bekas pengendali Selangor FC masih lagi memiliki kualiti dan dianggap antara jurulatih tempatan terbaik di negara ini.
“Saya masih percaya dgn kemampuan Nidzam untuk bawa kelab ini ke atas. Sudah tentu banyak perkara yang dia kena tingkatkan tetapi dalam masa yang sama kita kena bersikap adil.
“Mengenai soal tukar jurulatih, secara peribadi saya tak setuju. Jika kita tukar Nidzam, adakah akan menyelesaikan masalah? Tidak. Musim depan harus mula semula dan sebenarnya perancangan musim depan dah kena sekarang,” katanya dalam satu hantaran komen di Facebook.
Sebagai rekod, penyokong skuad Hobin Jang Hobin meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial selepas NSFC tewas 0-2 kepada Kuching City dalam aksi Liga Super kelmarin.
Mengulas lanjut, Faliq turut memberi jaminan bahawa kelab masih berada di landasan yang tepat berdasarkan perancangan jangka panjang yang telah diatur sebelum ini.
The post Liga Malaysia: NSFC masih pertahan khidmat Nidzam appeared first on Kosmo Digital.