Auto Added by WPeMatico

![]()
KULIM – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur apabila pembedahan pemindahan hati bayi mereka yang menghidap penyakit Biliary Atresia, Nor Farrel Iman Muhamad Fahmin di Shanghai, China berjalan lancar walaupun terpaksa melalui satu lagi prosedur pembedahan susulan.
Ibunya, Amirah Selgi, 33, berkata, pembedahan yang dijalankan pada 10 Mac lalu berjaya dan keadaan bayi dan dirinya kini stabil selepas menjalani rawatan tersebut.
Menurutnya, Nor Farrel bagaimanapun terpaksa dimasukkan semula ke bilik pembedahan buat kali kedua keesokan harinya apabila doktor mengesan saluran arteri yang tersumbat, namun prosedur itu juga berjaya dilakukan.
“Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun Farrel perlu masuk bilik pembedahan kali kedua kerana ada saluran arteri yang tersumbat.
“Memang sangat berdebar ketika itu, tetapi saya kuatkan hati demi kesihatan Farrel,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Amirah, dia sendiri menjalani prosedur pembedahan dan kini sedang berehat di wad biasa selepas mengalami kesakitan pada bahagian perut yang mempunyai lima kesan tebukan pembedahan.
“Pada awalnya memang sakit di kawasan pembedahan, tetapi sekarang sudah hari keempat dan keadaan saya semakin beransur pulih,” katanya.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak RM209,345.05 bagi membiayai rawatan Nor Farrel selepas kempen kutipan yang digerakkan oleh Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia mendapat perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE
The post Farrel selamat jalani pemindahan hati di Shanghai appeared first on Kosmo Digital.
