Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Keluarga semakin membesar, pelakon popular Izara Aishah kini hamil cahaya mata ketiga yang memasuki usia kandungan tujuh bulan.
Berita gembira itu dikongsi jenama fesyen terkenal, Shawl Publika yang memuat naik gambar koleksi terbaharu busana Syawal menampilkan aktres terbabit.
“Izara kini sedang hamil anak nombor tiga. Tahniah.
“Kolaborasi tahun ini sangat istimewa kerana kita dapat ‘muse’ yang hamil,” jelas hantaran di Instagram jenama itu.
Perkongsian tersebut juga memberi bayangan buat semua ibu hamil agar tidak perlu bimbang untuk bergaya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Ini membuktikan semua ibu-ibu jangan risau, walaupun hamil tetapi boleh muat dan cantik di pagi raya,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, pelakon filem Pilot Cafe itu turut mengesahkan kandungannya kini memasuki usia tujuh bulan.
“7 months (tujuh bulan),” coretnya seraya meninggalkan emoji bibir menandakan dirinya kini kian diulit bahagia.
Terdahulu, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalia pada 17 November 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Kandungan masuk tujuh bulan, Izara Aishah hamil anak ketiga appeared first on Kosmo Digital.